Monday, February 18, 2013

Along anak babu

Assalamualaikum.

Malam semalam aku duk menghabiskan kepingan roti yg tinggal dalam plastik Gardenia tu. Tetiba je abah cakap macam ni kat aku.

"Along kalau ada kat rumah, mesti roti cepat habis"

Aku pun dengan pantas menjawab. "Biarlah, dari expired tak ada orang makan.: Sambil buat muka mencebik bibir.

Abah ketawa, lepas tu abah kata lagi,

"Abah ingat lagi dulu masa kecik2 Along suka beli roti kat babu malam2. (babu, mamak yg jual roti naik motor datang ke kawasan perumahan). Sampai babu naik kenallah Along. Yela, dah seminggu sekali mesti nak beli roti kat babu".

Aku tergelak dengar explanation abah. "A'ah Along ingat. Entah kenapa ntah suka sangat makan roti masa sekolah2 dulu"

"Lepas Along dah masuk asrama, babu ada tanya pasal Along, dia kata Mana itu anak you yang perempuan tu, sudah lama tak nampak. Abah cakaplah Along dah masuk sekolah asrama, jarang dah balik rumah, cuti sekolah baru balik"

Ye jugak, dulu masa form 4 masuk asrama, mana ada aku nak melayan roti sangat beli kat babu tu. Aku rela menghadap tv yang berbulan2 aku tak hadap dekat hostel tu. Rindu kot tv. Macam2 cerita baru. Ingat lagi adik aku pernah tegur aku sebab kalau cerita tu tengah iklan, aku tak bagi adik aku tukar channel kejap, sebab iklan tu aku tak pernah tengok lagi. Haha! Terus dia kata aku ni orang baru keluar gua. Ciss!

Abah bagitahu lagi, "Ada sekali dulu tu abah ada lah turun beli dekat babu, dia tanya Along lagi. Abah cakap Along dah masuk universiti. Babu cakap, wooo.. sudah besar la itu girl. Pandai.. sudah masuk u..."

Aku senyum je tak kata apa.

"Babu pun ingat Along tau. Dia kenal kamu tu. Kalau tak macam mana dia boleh ingat kat kamu, tanya kamu. Itu lah, Along dah jadi anak babu"

Terkekek - kekek aku ketawa bila dengar abah cakap macam tu.

"Ada pulak. hahaha.. Tapi kan sekarang ni sejak2 Along dah degree, baru perasan. Mana ada babu datang dah? Kalau tak pukul 9 je mesti dah dengar bunyi petpetpet motor dia tu" (bunyi hon motor)

"Mana... dia dah tak masuk sini dah lama dah. Ntah2 dah pencen dah pun"

Ye, betul. Aku ingat2 balik rupa babu tu dari aku sekolah rendah sampai la kali terakhir aku beli roti kat babu tu, rambut dia pun dah putih. Ada satu hari tu dia tak datang masa hari yang aku nak beli roti, esoknya dia datang. Aku tanyalah kenapa tak datang semalam, dia kata dia tak sihat. Lepastu cakap dengan aku pun sambil terbatuk2. Ni bukan drama ye, ini realiti. Memori bersama babu. Haha!

Babu tu memang baik sangat orangnya. Kadang2 aku beli macam2 jenis roti lepastu dah kira2 duit tak cukup 60 sen. Dia kata tak apa esok boleh bayar. Bila next week aku datang beli roti lagi, dia tak minta pun hutang tu. Aku yang selalu ingatkan dia masa nak bayar hutang tu. Ada sekali tu dia bagi aku keropok free, tak pun kadang2 dia tak kira pun kalau aku ambil jajan tu. Sebab aku regular customer dia. hehehe...

Aisey.. rindu kat babu ke? hahaha! Ni abah punya pasal la ni buka cerita pasal babu. Tak memasal je jadi entri untuk hari ni. 

Orang baik lagikan dikenang, yang berjasa apatah lagi. :)


p/s: Sepatutnya hari ni official dah kelas hari pertama untuk semester akhir degree. Tapi sekarang aku dekat mana? Dekat KL lagi. Kenapa tak balik lagi? Err... hahaha! Rahsia!

p/s: Tiba2 rasa nervous nak naik sem ni. Maybe sebab last sem, perasaan bercampur aduk. Nak buat yang terbaik campur dengan perasaan sedih lepas ni mungkin akan kekal tinggalkan alam study :') InsyaAllah, kalau ada rezeki boleh sambung belajar lagi. Semuanya mungkin dengan izinNya :) Wish me luck with full of freshness and bless! Thanks!


2 comments:

Marya Hana said...

Entah2 babu yg sama masa aku kecik-kecik. sampai sekarang dia still ingat nama aku "Maria". Hebat betul ingatan dia. dari kecik sampai ke besar dia je babu kat sini :)

One-Nie said...

@Marya Hana: Haha.. mungkin boleh jadi. aku rasa tu salah satu cara diorang nak kekalkan customer la. hehehe...