Assalamualaikum
Hari ni tiba2 rasa nak menaip. No specific reason. Just rambling.
Tepat pukul 12 malam nanti kita akan melangkah ke bulan kedua tahun 2013 kan? Maknanya semester break aku pun akan semakin berkurangan lahkan? Aiyaa.. Hilang mood kalau fikir nak balik Perlis ni weyy.. Haha.. Dari awal sem sampai lah sekarang ni. Dah la currently tengah bergaduh dengan fyp. Sentuhnya selalu cuma progress tu tak mantap. Sebab mungkin cuti sem ni aku banyak bermain dari banyak berfikir secara kritis untuk masa yang singkat? Hewhewhew (Sedar diri banyak main cuti ni, movies marathon, gossip girl marathon, social networking 24/7, tv marathon (axn), and the list goes down)
Tiba2 teringat pulak satu situasi ni masa balik dari rumah Kyla (sila rujuk entry lepas). Masa tu hujan, and dalam pukul 8 malam lebih kurang. (Macam jahat kan bila anak dara balik sebelum maghrib? Terpaksa ok, we perform our maghrib pun bersesak2 dekat surau kl sentral tau :p) So I decided to get a taxi from lrt to go back to my house. Masa nak ambil teksi tu then ada 3 orang foreigner, Arabian. Diorang nak naik teksi tu. Salah sorang dari mereka bertiga tu baru je buka pintu teksi, and tak sempat nak tanya direction ke apa, pakcik teksi tu terus dengan kasar say no and geleng kepala laju2 sambil tangan buat sign NO.
I was shocked. Wow, kasarnya pakcik ni. Seriously memang nampak kasar. Kalau nak menolak pun boleh cakap elok2 rasanya. Memang la diorang tu foreigner but a least show some manners. Dan manners tu bukan untuk warganegara Malaysia sahaja. Tiba2 pakcik tu panggil aku naik teksi dia. Aku pun memang nak balik cepat memandangkan hujan renyai, malam dan aku sorang2. So, aku pun naiklah teksi tu walaupun aku tak bersetuju dengan cara pakcik tu awalnya.
Pakcik tu ramah jugak. Masa mula2 tu dia tanya aku kerja or tak. Sebab dia ingat aku kerja and kebetulan public holiday, dia assume aku dapat double untuk hari tu. Aku iyakan aje lah. Then perbualan pun bermula lebih kurang macam ni.
Pakcik: Sebenarnya kamu ni first customer pakcik hari ni. Yela, kan hari ni cuti, pakcik tak ada lah bekerja siang tadi, saja berehat.
Aku: Oh ye ke.. hehe (senyum)
Pakcik: Kamu nampak kan pakcik cakap tak nak kat orang arab tu tadi?
Aku: A'ah..
Pakcik: Pakcik dah tak nak ambil dah orang arab naik teksi pakcik ni lagi. Diorang ni kurang ajar. Celaka. Minta maaf cakaplah. Pakcik memang tak akan ambil diorang lagi. Negro pun sama. Pakcik dah kena banyak kali dah dengan diorang ni.
Aku: Oh yeke.. (seriously masa ni aku rasa nak dengar lagi cerita pakcik tu)
Pakcik: Masa first time kena tu Pakcik ingat lagi, orang arab suami isteri. Nak pergi Pavilion. Bila dah sampai dekat sana, masa nak bayar dia baling je duit tu dekat pakcik. (Ada lagi yang dia cakap tapi point dia, dia memang geram dengan orang arab)
Pakcik: Lepas tu ada sekali tu pakcik kena tipu. Hantar sampai bukit bintang, sana kan sesak selalu jam. Lepas tu diorang minta berhenti dekat tengah jalan. Lepastu masa bayar diorang hulur duit RM100. Pakcik mana ada duit tukar. lepas tu diorang kata nak pergi tukar dekat kedai tepi2 kedai tu. Lama pakcik tunggu, lepastu tak datang2. Hilang terus.
Pakcik: Diorang ni, pakcik tahu dah nak ke mana. Bukit Bintang, Pavilion, Times Square. Itu jelah tempat diorang nak pergi.
Ada lagi yang pakcik ni cakap sebenarnya, tapi rasanya ini je pun dah cukup asalkan point yang aku cuba nak ketengahkan tu sampai.
Aku bukan apa, just tiba2 teringat terfikir. Dekat situasi macam ni lah kita boleh apply peribahasa "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Dan juga peribahasa ini "Dalam setandan pisang, tak semuanya busuk" Renungkan2 ye semua. I have no rights to say whether it is right or wrong. Depends on you, how you picture it and how you digest this situation deeply.
Again, No specific reason. Just rambling. Salam Februari 2013 :)
2 comments:
btol gn peribahasa 2..abs org yg lain..
@udin: hal ni memang no komen sebab lain org lain pendapat :)
Post a Comment