Assalamualaikum and Hye all!
Aku tengah dalam exam week lagi ni. Ada lagi 3 paper yang nak dikerjakan. Bilalah dapat balik KL... dah homesick teruk dah ni. Nak terapi bermalas-malasan dekat rumah. Plus dengan makan yang superb hebat diwaktu hujung minggu... Wuuu~ Hujung minggu selalunya mak akan masak yang special sikit dari hari biasa... Teringat pulak abah pernah cakap macam ni kat emak "Hai, makan biasa je hari ni, lauk2 special tak ada? Laksa ke, mee kari ke?" Haaa! meletup selera bapak kesayangan aku sorang ni. Mak aku yang dengar tu tergelak besar lepas tu esoknya Ahad, ada laksa! :D
Laksa ni makanan fav aku besides lontong. Serius! Kalau hari raya kau hidanglah ketupat, rendang, lemang especially makanan yang orang biasa masak time hari raya je, tapi kau nasi impit dengan kuah lontong depan mata... Minta Maaflah rendang ketupat lemang semua. Anda semua saya akan sental selepas lontong! Gila punya selera makan!
Hurmm.. nanti dah balik nak buat wishlist makanan untuk setiap hujung minggu, maknanya ada 4 menu nak kena sediakan sebab aku cuti sebulan je. Pathetic! sikit gile cuti! Biasanya mak akan buat jugak even die kata aku ni mengada2. Tau2 pagi2 dah ajak aku pergi pasar tani cari barang masak. Lepas beli straight away je pergi masak! Dah aku sorang je anak dia yang paling jauh and jarang balik. Anak dia sorang perempuan. Ngee~ Lagipun aku memang anak yang paling awal berjauhan dengan family since form 4. So, kasih sayang yang kurang dulu2 tu kenalah topup thousand times! Biar adik2 aku berdua tu jealous! (dengki) hahaha! :D
week 1: Laksa laaa~
week 2: Nasi ayam. (Butter rice air tangan mak memang super delicious wa cakap sama lu)
week 3: Masih dalam decision making process
week 4: Masih dalam decision making process
Hehe.. Nanti dah decide aku bagitau laaa... Tak tau nak minta mak masakkan apa.. eee! Makanan kat sini sadis! Kalau mak tengok apa yang aku makan kat sini hari2 mesti dia membebel. Hahaha! I am glad that I have her as my emak. :)
Nak balik.. nak balik... Janji exam ni aku tak berputus asa nak hadap semua paper. Nanti asyik ingat nak balik je susah jugak ni. Hihi! Hope semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. Lately ni banyak betul ujian yang Allah bagi. Aku akan cuba kental dan kuatkan semangat and aku bersyukur because obviously DIA still sayangkan aku. Pray for me as well, ok my dear bloggers. :)
2 orang mengomel:
week 4 : mkn wendys.......
week 5 : mkn cik mat la plk...
hahaha..bersabaq ape yg dihadapi ye..good luck in ur exam dear
untung la "aron aziz" yg comment blog ni... :P
Post a Comment