Saturday, December 24, 2011

Semester dah habis, perjuangan belum lagi.

Salam and Hye all!

Lama gile tak berceloteh kat sini.. Maklumah, aku kan komited dengan study, nak jeling blog ni pun tak ada masa. (ayat cliche, macam biasalah, busy maut tertonggeng) Hakktoii~

Since semalam adalah last class and malam pula adalah last test (mandarin) aku sangatlah berusaha bagai nak rak. Sebab aku baru tersedar yang semester kali ni... sangatlah sekejap. T_T

Sekarang sedang menikmati cuti study week dengan heavennye. Ok. Tipu. Semester kali ni untuk pertama kalinya cuti study week aku tak balik KL. Hee~ Peliknyaa..

Semalam mak call tanya macam2 dekat aku. Aku faham, bukan aku tak nak balik ke rumah, tapi bila aku kenangkan balik apa yang aku isi masa cuti study week semester aku yang lepas2, sangatlah mendukacitakan. Lepas aku explain lama dengan mak, mak pun akur. Yang penting aku tau, sama ada aku ada depan mata mak or jauh, dia tetap akan doakan aku dan semua anak2 dia agar semuanya berjalan dengan baik. :)

Pagi2 lagi dah buat aktiviti sakit pinggang (cuci toilet, kemas katil, buat laundry, kemas bilik, sapu sampah, kemas ruang tamu, sapu rumah, buang sampah, kemas dapur) lipat kain je belum lagi sebab nak kumpulkan dengan kain yang basuh pagi tadi. Hihihi... (Tak senonoh, kan?) Ntah kenapa itu pulak yang aku dahulukan start cuti study week ni. Yelaa.. bak kata sorang kawan aku ni, nak ambil feel. Nanti dah start menghadap buku, confirm bilik jadi tongkan pecah pun tak perasan. Haha!

Bila tibanya cuti study week, selalu sangat lah kita kaitkan dengan perubahan. Ye, changes. Orang yang malas akan rajin, yang jarang pergi library akan kerap pergi library, yang malas solat akan rajin solat, yang buat salah akan minta maaf, etc. Macam tu juga dengan aku. Aku selalu fikir nak kaitkan dengan peningkatan diri sendiri. Mungkin lepas ni kalau solat, tak lagi solat sendirian, tapi berjemaah di surau. Insya Allah.... :)

Kalau ikutkan nak buat perubahan atau improve self motivate ni tak perlulah nak tunggu study week pun sebenarnya. Janji determination yang kuat dalam diri and semangat tu yang penting. As we stick on it and push ourselves harder day by day towards it, Insya Allah mesti boleh.

And aku sedang memulakannya. Semoga lebih diberkati dan dipermudahkan segalanya. 

p/s: Warming up for meeting Encik Final Exam. :) Doakan aku!

0 orang mengomel: