Assalamualikum... and Hi!
(Lawak) Dengan ini anda tidak dibenarkan masuk ke toilet pada puku l 11.59 malam ini. Ini kerana anda akan keluar dari toilet pada tahun 2012, next year! Haha!
Lame.
Yang ni lagi lame, berazam bagai nak rak lepastu tak buat pun. Berderet2 la wishlist kau tu, ada la satu dua things yang accomplished, yang lain tarak! Puii!
Aku ni tak suka nak buat wishlist segala bagai. "Aku berazam! Aku berjanji, Aku akan memastikan... bla.. bla..bla..." Dan lain2 lagi. Sebab aku pun salah sorang yang aku "statement" kan diatas tu. Heee~ teruk.. teruk... Btw, aku memang dah tak amalkan simpan wishlist panjang2 since SPM. Dah tahu memang liat nak terlaksana. Hait!
Sedar tak sedar dah nak masuk 2012. Sedar tak sedar kita dah setahun memanafaatkan dan mensia-siakan tahun 2011 ni. Am I right peeps? Korang yang mana? Yang memanafaatkan? atau yang mensia-siakan? :) Kalau ikut tahun hijrah, kita dah sebulan lebih meninggalkan tahun hijrah kita. Ada korang buat wishlist time tu? Personally aku ada. Tak mahu cerita dekat sinilah. Ni cerita aku dengan Allah... Rahsia! :)
Alhamdulillah kita sekali lagi diberi peluang oleh yang Maha Kuasa untuk menikmati lagi setahun (Insya Allah, kalau ada umur yang panjang) kehidupan di dunia ni. So, azam aku satu jelah kot. Tak nak sia-siakan tahun 2012 ni dengan benda2-ntah-apa-apa.
2011
So many things happened in my life this year. SO MANY THINGS. Yang buruk tu kita lupakan dan ambil pengajarannya dan yang baik tu kita jadikan antara kenangan2 yang indah dalam hidup kita. Bila kita dah tua2 nanti boleh la kita revise balik kenangan2 pahit manis tu semua. Even payah, even susah itulah yang dah berlaku dan yang pastinya kalau kita dah terpijak tahi kucing tepi jalan tu kita takkan boleh selamba badak je tekan ctrl+z seperti diwaktu salah taip assignment. (Sarkastik punya perumpamaan). Dan aku rasa bersyukur sangat sebab Allah masih sayangkan aku. With all the blessings and love to live happily in every seconds in my life. With the love of my family and also my Inche Buah Hati. I am so much blessed! :')
Kat sini juga aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan ribuan, jutaan TERIMA KASIH until infinity to all! Yes! You! Especially kawan2 yang banyak membantu mewarnakan hari dan kehidupan seorang yang bernama One-Nie. Without all of you, aku dengan alam aku sendiri. Mesti tak best. Tahun ni tambah ramai lagi kawan. AWESOME!
Nak ambil kesempatan lagi ni wey! NAK MINTA MAAF.. atas segala apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2011 ni. Directly and indirectly. Maafkanlah dimana2 khilaf aku dan aku juga dengan rasa berbesar hati dan ikhlas memaafkan anda semua. Alhamdulillah... :')
Berlalu sudah duaribusebelas
Datang pula duaribuduabelas
Tak mahu lagi diriku ini kaku dan keras
Di dalam dunia ciptaan tuhan aku hanyut dan lemas.
Kalau tahun hijrah kita berhijrah, tahun 2012 ni kita hijrah lagi! ;)
0 orang mengomel:
Post a Comment