Assalamualaikum dan Hye all!
Lama tak update blog? Jawapan aku macam biasalah. cliche macam jawapan2 entry yang lepas. huh~
Pagi Khamis baru2 ni aku and kawan2 aku sekelas semua digemparkan dengan berita kematian ayah kepada kawan kami, Akma. Kesedihan turut dirasa kami sekelas sebab Akma adalah seorang yang sangat2 happy go lucky, tak pernah dia tunjukkan muka selain daripada gembira and gelak tawa dia lah yang biasa memenuhi ruang kelas tak lupa jugak dengan lawak2 die yang buat kitorang gelak sampai terkentot2! haha!
Hari Khamis lepas kami dapat tahu berita ni, kami pun terus bergegas hantar die balik ke Taiping. Even though kami ada kelas sampai ke petang hari tu, kami dah tak fikir apa dah sebab ayah dia nak kebumi selepas zohor. Kebetulan Kak Ros bawa Naza Ria, penuh lah Ria tu dengan kami2 budak2 kelas and housemate Akma 8 orang. Sebuah lagi kereta Myvi kepunyaan Kak Fuza pun penuh 5 orang follow dari belakang. Kalau nak tunggu naik bas, bas paling awal ke Taiping pukul 11.00 pagi, sebab tu lah kami ambil langkah drastik terus hantar ke Taiping.
Aku ni jenis hati apa pun aku tak tahu. Kebiasaanya kalau naik kereta, Kak Hanin akan duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Disebabkan Akma akan duduk di sit tengah, aku cepat2 tanya kak Hanin sama ada dia nak duduk di sit depan or sebelah Akma. Aku cepat2 cakap dekat kak Hanin,
"Akak duduk sebelah Akma boleh tak kak? Saya duduk depan sebelah Kak Ros ek?"
Kak Hanin kata tak kisah.
Sebab aku tak tahu macam mana nak comfortkan orang. Aku tak tahu macam mana nak tenangkan orang. Aku tak tahu, sebab bukan senang untuk bagitau sesuatu yang kita sendiri tak alami.
Sepanjang perjalanan aku cadi co-pilot kak Ros. Aku tak kisah sebab memang dah biasa jadi co-pilot. Sepanjang perjalanan jugak lah aku tengok ketabahan Akma. Dia sedih. Tapi cubaan selindungkan kesedihan yang ada dalam hati tu buat kami 7 orang dalam kereta tak tahu nak cakap apa. Akma nangis, tapi berselang seli dengan ketawa yang dipaksa. Ceritanya sepanjang perjalanan untuk sampai ke rumah macam2 cerita yang keluar dari mulutnya. Semua tempat dia bagitahu cerita2 masa2 lampaunya. Kelakar. Kami ketawa, tapi tawar.
Tiba2 panggilan telefon dari kakaknya yang bertanya kami sekarang berada di mana. Kakaknya suruh cepat sebab mungkin tak dapat tengok ayah. Setiap kali panggilan or sms dari adik beradiknya masuk, setiap kali itu lah Kak Ros tekan pedal minyak. Pecut. Kami bertolak pukul 9.30 pagi dan sampai hampir jam 1.00 petang. Alhamdulillah semua selamat sampai.
Masa kami dah nak sampai ke rumah, aku yang duduk depan ni terasa sangat2 sayu. Aku tak mengalirkan air mata ketika melihat Akma menangis dipeluk kawan2 masa di Perlis. Tapi bila sampai kat situ aku hampir mengalir air mata. Aku bayangkan kalaulah orang yang ramai2 depan rumah yang berlebai putih itu orang yang datang melawat rumah orang mati. Dan rumah itu adalah rumah aku. :'(
Aku kagum dengan ketabahan adik beradik Akma seramai 11 orang tu. Semua kuat, semua tabah. Akma beruntung ada adik2 beradik dan mak yang sekuat itu. Aku tau Akma kuat. Sebab akma tak terkejut pun bila dia sampai melihat jenazah ayahnya keluar dari bilik air selepas dimandikan. Akma masih boleh senyum bila kami pandang muka dia. Dia masih boleh bersembang dengan kami dalam kereta masa dalam perjalanan ke kubur. Akma tak mengalirkan air mata masa jenazah ayahnya di kebumikan. Aku tau dia kuat dari segi luaran sebab sebenarnya masa tu Akma tengah tahan sedih sampai menggigil tangan. Akma genggam jari aku erat2 masa imam bacakan talkin. Akma tadah tangan baca doa, tangan dia menggigil2... Subahanallah.. Kau memang seorang anak, kakak dan kawan yang tabah Akma.
Masa nak balik tu Akma cium tangan aku. Sebab dia lagi muda. Aku cium dalam2 pipi Akma kiri and kanan. Tak pernah aku cium kawan2 aku macam tu. Then cepat aku peluk dia dan cakap, "Akma kuat ok". Aku tiba2 sebak. :'(
Seriously, aku tak tahu nak cakap apa. Aku tau kau mesti dah letih dengar semua orang cakap kat engkau sabar and tabah, kan Akma? So, aku boleh cakap dekat sini je sebab aku tak tau nak cakap depan2 dengan engkau. Aku tak pandai.
Akma, after this, whatever benda yang kau nak minta tolong aku selagi aku boleh bantu aku akan bantu. Kau jangan pendam and simpan sorang2 masalah2 kau ok. Insya Allah... Kitorang ramai, kalau tak dapat tolong banyak, ktorang tolong sikit. Ok? Kitoang semua sayang kau. :')

2 orang mengomel:
semoga roh ayah akma ditempatkn digolongan orang yang soleh. shazwani and fred is a good frend, korang semua sanggup berkorban demi rakan..susah nk cari rakan begini..banyak pahala dapat..kt sedekah kan alfatimah kepada ayahnya..
:) Insya Allah... moga2 di terima...
Post a Comment