Thursday, November 10, 2011

Stalk punya stalk, terjumpa pulak cikgu aku sorang ni. Pergh!

Assalamualaikum and hye all!

Hari ini je dah berapa kali aku berada dalam keadaan stress. Kerja menimbun and cuti tinggal sikit je lagi before aku balik Perlis. Tu yang stress kot. Boleh tanya kat Inche Buah Hati, hari ini je dah berapa kali aku marah2 and emo2 pasal benda2 kecil je. I am so sorry awak! sebab jadikan awak sebagai tempat orang lempiaskan amarah orang. Manalah aku tak sayang kat dia, tahap kesabaran dia sangatlah tinggi. My shoulder to cry on. :')

So, berbalik kepada tajuk. Aku ni kalau dah tak larat nak hadap kerja aku pun pergilah godek2 fb tu... Punyalah godek, stalk and ape jadah semua lepas tu aku macam ada 1 perasaan dekat fb seorang lelaki ni.


Ye! itu lah fb cikgu Zukri!

Haaa... entry kali ni memang aku buat khas untuk dia! Pergh!

Zaman sekolah rendah darjah empat sampai darjah enam, kalau siapa je yang dengar orang sebut nama cikgu Zukri ni confirm akan ingat pelempang maut pergi balik dia. Huh! Aku ingat lagi masa aku darjah lima aku punya lah berdoa yang dia takkan ajar aku matematik untuk UPSR tahun hadapannya. Silap banyak la, dah la jadi cikgu matematik aku, jadi pulak cikgu kelas. memang Pergh!! laa..

Dia punya garang jangan cerita, suara dia sampai office guru besar pun boleh dengar. Aku ingat lagi masa darjah enam kan kita kena amek suntikan BCG. Pagi kena cucuk, lepas rehat tengah hari tu kelas macam biasa. Sistem mengajar dia masa tu, dia bagi latihan, kau balik buat dekat rumah, esoknya hantar. Dia akan check buku kau dalam kelas. Kalau ada salah dia akan suruh kau buat depan dia and if masih salah lagi kau dapat lah habuan kau.

Dan yang pasti pada hari kena ambil BCG tu, dekat sekitar kawasan lengan tu lah dia buat cubitan maut. Pergghh! 

Aku tak lupa juga kepada buku rujukan terbang yang dia pernah bagi dalam kelas. Kau bayangkan buku tebal2 tu dia baling pakai tangan kiri kanan. Macam nak berlatih main freebies tu.. Perghh!

Kalau dah nama cikgu tu mestilah garang... Dia ada cara dia tersendiri untuk mengajar, mungkin cara dia garang gila macam tu. But that is his way, pendekatan dia. If not aku sekarang entah jadi orang entah tidak. 

Eh, tapi siapa kata dia garang tak reti berhenti? Orang yang tak kenal dia je yang takut semendang tau! Habis je UPSR, kitorang buat macam2 aktiviti. Tak macam budak2 sekolah sekarang ni yang aku perasan habis je UPSR tak pergi sekolah. Aku pelik betul lah. Kami buat aktiviti cat kelas. Memang seronok gila. Dia assign dekat kawan2 aku yang pandai melukis tu untuk lukis dekat dinding yang putih tu then kami2 yang lain warnakan dengan cat. Seronok kot! Aktiviti hias kelas lagi lah! Dia antara cikgu kelas paling kretif and berani nak mintak peruntukan dekat guru besar nak hias and cat.

Jamuan akhir tahun pun sama best! Dia lah yang punya idea buat jamuan yang simple jadi seronok gila. Duit kelas yang ada dia beli hadiah sebagai kenang-kenangan kelas 6 Rahmat 2011. So, duit dah habis. Makanan masing2 bawak dari rumah sorang sikit. So makanan jadi mewah gila! Tambahan lagi ada antara parents kawan2 sekelas aku support makanan banyak2.. Part yang paling best part tukar2 hadiah. Peraturan dia macam ni, seorang dikehendaki beli hadiah yang tak lebih dari RM2. Ye RM2 sahaja. Jangan beli yang mahal2. Then hadiah tu kena balut pakai surat khabar. Jangan balut cantik2. Then hadiah tu kami letak atas meja guru depan kelas. After that dia akan panggil sorang2 untuk cabut nama nombor. Nombor tu mewakili nama kawan2. Bila dah cabut nombor kita akan bagi hadiah kita pada kawan kita tadi. Masa bagi hadiah tu dia suruh kami cakap apa yang terpendam di hati, mintak maaf, kalau ada yang minat2 tu dia suruh luah perasaan masa tu jugak. Macam2 reaksi la yang jadi tambahan pulak dia asyik duk menyakat2 Amin dengan Shahidah. Serius aku ingat lagi tau! :D

Aku sekrang tengah tersengih sambil menaip! Ish, memalukan! haha!

Lepas kami ke tingkatan 1 dengar2 cerita yang dia sudah berpindah ke utara Malaysia. Tu yang bila terjumpa fb beliau rasa seram sejuk je darah ni. haha!

Itu antara kenangan masa kita belum lagi melangkah ke alam dewasa. Pahit atau manis pastinya menjadi memori, terpulang kepada kita sendiri untuk menilainya. :)

p/s: Perasaan takut2 tu still ada lagi lah... Nak add ke tidak? 

4 orang mengomel:

udin peminat said...

its ok u...kejap je bkn nye lame pn...:) 1438...

udin peminat said...

i more...hehehe...bende lame bile kt ingt mesti best..and..u ingt jgk wlpn dh lama xjmpe...klu i lg la..lupe terus XD..i love all my cikgu,,

One-Nie said...

hihi.. thnx awak! :D

Baby Gurl said...

ehem...ehem..rasanya tu bukan kenangan 6 rahmat 2011 laa..mcam laenn jee....hehehehe =))

well, bukan ke akhir tahun tu kite semua kene hias kelas tahun 6 masing2 sebab tahun depan tu kelas tahun 6 akan jadi kelas murid darjah 1 keee..hehehe....

(igt sbb mse tu tgh mekar bunga2 cintaaa monyeett kuu) hehehee =))