Friday, September 30, 2011

Rasa macam dah setahun tak balik rumah

Assalamualaikum. Heyya!

One-Nie is currently in KL. woot!woot! Gila. Cakap tak mahu balik sampai cuti mid sem tapi pagi tadi pukul 7 dah terpacak depan pintu rumah. Lalalala~

Saja je balik sementara assignment tak menggunung tinggi tahap Gunung Kinabalu. If not memang tak balik la. Apa kau hengat tiket Perlis-KL ni murah macam harga ikan dekat pasar? Ikan pun sekarang gila punya mahal. Dunia.. dunia...

Pagi tadi masuk je rumah, tengok kabinet tempat bermain PlayStation punya section dah lain. Wah wah wah... Bukan main lagi upgradenya. Suka la adik2 aku tu. Kang kerja menghadap tu je la. Malas nak leter. Baru balik la katakan.

Masuk pulak bilik.. perghh!! Makin sayang ketat2 la aku pada emak. Bilik dah luas... Emak susun baik punya... Tak beli apa yang baru pun, just tukar kedudukan perabot. That's why bilik nampak lagi luas. Al-maklumlah... duduk rumah flat, bilik kecik aje. Ngee~ Tapi bila aku fikir2 balik. Kuat pulak kudrat mak yang memang kurus, lagi kurus dari aku mengubah semua barang2 and kemas2 semua ni. Saluuttee la emak! I love you! :)

Ni antara perubahan yang aku ada rasa nak gelak guling-guling...



Location: Atas almari baju cantik2 (kata emak) 
Why in hell aku punya patung and bebear semua dalam plastik? 



Dah amcam bahan bukti lokasi kejadian pembunuhan aje dah!

Hahaha! first time aku tengok aku punya bebear dekat atas almari rasa nak tergelak pun ada kesian pun ada jugak sikit. Mak kata dia tak tahu nak letak benda alah tu semua dekat mana so dia decide letas atas almari. In order to not make them berhabuk, mak pun masukkan dalam plastik then steppler siap2. haha! 

Ehem! for your information, bebear and patung semua tu orang bagi. Aku nak beli? Memang tak lah! Kecuali yang PowerPuff Girl Bubble tu. Beli masa sekolah dulu. Lama dah. Yang tu mak yang belikan. Sebab aku nak. lalalalaa~

Yang satu ni paling buat aku sentap tak sentap jugak la...



This is what we call it ada usaha ada lah perubahannya. Ini exercise workout untuk kempiskan perut. Function macam kita buat sit up jugak la. Bila mak cakap macam tu aku terus sentap. Then mak kata memang la dalam bilik Along, tapi mak beli ni untuk adik sebab mak geram dengan kegemukkan yang semakin menjadi2 di bahagian perut adik tu. Pheww~ Lega. Ingatkan mak perli aku la kan... haha! Boleh jugak kalau nak tumpang sekaki... Kalau rajin la... hua3!

Tapi... disebalik kegembiraan yang bagaikan baru berpindah ke rumah bunglow ni ada juga rasa cuak and nervousnya. Aku rasa Mak dah pun discover aku punya kotak yang penuh dengan barang pemberian Inche Buah Hati. Selama dah hampir 4 tahun ni aku simpan je semua barang yang dia pernah bagi. Dari sekecil2 bulu hidung dia sampai la sebesar-besar perut dia. Dari dia kutip tepi2 jalan, sampaila dia beli mahal2 nauzubillah. eh? Haha! Gurau je okeng... :p

Dan yang pasti aku rasa mak dah khatam baca surat2 and birthday card and also kad raya. T_T.

Jangan ditanya seberat mana karatnya jiwang tu.

Malu oii! Rasa nak flush muka dalam jamban!

p/s: Hang hangout!! Yang pasti nak makan McD before balik Paris! whoa!

4 orang mengomel:

Sue said...

wani. mst mse mak ko bce tu dea ckp cam ni " tak sangka, dh besar rupa nya anak dara aku ni"
*wink* ;)

One-Nie said...

Sue: agakla... plus maybe dia ckp mcm ni... "makin besar makin gatal anak dara aku ni". haha!

hehehe said...

kantoi sudah..:D

One-Nie said...

memang kantoi sgt! :P