Sunday, December 13, 2009

Kalau sampai masa dia pergi...

Baru saje pulang dari hospital. Pergi melawat atok aku yang dah 3 hari dimasukkan ke HKL. Transfer dari Hospital Ipoh. Keadaan dia semakin hari semakin teruk. Tangan dan kakinya dah mula bengkak2. Apabila dipanggil dia masih lagi boleh menyahut. Cuma sepatah haram aku tak paham. Dah tak boleh makan makanan berbentuk pepejal. Makanan dimasukkan melalui lubang pernafasan. Salur darah juga kerapkali dimasuki air. Untuk menstabilkan keadaannya. Badan bengkak2. Subahanallah... Serius aku rasa tak sanggup tengok keadaan atok macam tu. Seksa. Memang seksa... Atok kena Stroke untuk kali yang kedua.

Nasib baiklah mak tu nurse. Alhamdulillah, segala apa kerja berkaitan dengan medical ni dia tahu. Dapat jugak buat tindakan lebih awal, tanpa bantuan nurse or MA (Medical Assistant). Staff2 kat situ pun dah kenal mak ada rakan seangkatan juga di situ. (Dah name pun mak memang kerja kat HKL). Buat muka rilek je ambil lapik kain kat stor, salin lampin, kain, cadar atok. Sedut kahak2 atok yang berkumpul dalam mulut atok. (Pakai alat2 medical lar...) Yang paling tak boleh blahnye tadi, kami orang2 perempuan cukur janggut atok. (Orang2 lelaki tak ada) Hehehe... klaka plak bila fikir balik. Takut2 je nak buat. (Pasal tak pernah buat. lol) Sampai atok kat katil sebelah (pesakit) gelakkan kitaorang. Katenye... "Ni kerja orang lelaki.." hehehe...

Ramai saudara mara aku datang hari ini. Maghrib berlalu 15 minit. Tak berapa lama selepas tu ada satu kejadian yang sememangnya aku tak sangka aku dapat tengok secara live. Selama hari ni aku tengok dekat TV je. Tu pon time orang berlakon je. Pesakit yang katilnya betul2 berhadapan dengan katil atok aku tiba2 menjadi kritikal. Mula2 aku wat rilek je, lepastu sorang demi sorang nurse datang ke katil tu. Then tbe2... "Doktor!" Berlipat leher aku pandang ke tempat tu. Memang kritikal. Aku tengok keadaan jadi genting sangat. Susah aku nak ceritakan disini. Macam2 medical term yang keluar dari mulut doktor tu. Aku tak paham. Tapi yang pasti, aku tengok diaorang mula keluarkan tiub bermacam saiz, wayar bermacam warna, machine... Yang buat aku jadi takut tu bila doktor tu start buat tekanan di dada pakcik tuh. Aku rasa nak nangis. Betapa seksanya pakcik tu pada fikiran aku. Masa aku nak balik pun, pakcik tu masih lagi bertarung nyawa, doktor dan nurse pun masih lagi berjuang untuk selamatkan nyawa pakcik tu.

Itulah pengamalan aku harini. Antara yang tak akan aku lupakan. Sesungguhnya kita diatas muka bumi ini hanya mampu merancang. Tuhan je yang menentukan. Sebelum itu kita berusahalah keatas semua kebaikan yang dingini. Kemudian bertawakal.

Kalau sampai masa atok pergi... kami redha. Janganlah Kau seksa dirinya. Dan Kau tempatkanlah rohnya diantara orang2 yang beriman. Amin...

p/s: kejadian pakcik tu tadi bukan mereka sengaja nak buat depan pelawat. Sebab benda tu tak sepatotnya berlaku. Kain langsir yang ditarik untuk lindung dari dilihat pelawat tu susah nak tutup for most of the time. Agak menyusahkan untuk staff2 keluar masuk ambil bahan2 untuk digunakan memandangkan tempat sedikit terbatas. So, makin lama makin luaslah kain langsir itu ditarik. Tak salahkan mereka. Waktu itu waktu genting.

Saturday, December 12, 2009

JATUH

Sejak beberapa hari ni


Inche Buah Hati aku tuh


Dah jatuh dari tangga carta


Bukan lagi no. 1


Sekarang dah ada pengganti baru


Hubby, Do forgive me

**************************************************************

Fesbuk... ko dah ambil tempat laki akuu!!!


p/s: currently addicted to Facebook.com

Friday, December 11, 2009

Teman Lama


Location: Mid Valley
Date: 10 December 2009
Time: AM to PM
Together with: Nor 'Ain Maulad Abd. Rahman
Things done: Hangouts, Watching movie (My Spay), Makan2 (Pizza Hut) nyum2!, Menggila, Berfotogewdiks and talking and talking and blaa.. blaa.. blaa..
Mood: Happy and enjoy!! yeahh!! :D

p/s: Ain, nanti ade masa kita keluar lagi. But that time must be shopping time! haha! (Ketawa keterujaan)